Thursday 28 December 2017

Hilangkan Parut Jerawat

Hallooo semua. Assalamualaikum....

Hari ni kita akan bincangkan topik terhangat, PARUT JERAWAT.

First of all, kulit Shi sebelum ni bermasalah jerawat. Tapi alhamdulillah setelah menjalankan rawatan di klinik Dr Lina, kini tiada lagi jerawat. Ceiwah! Nak tahu rawatan ape, boleh klik kat sini

Entry sekarang kita akan bercerita tentang cara menghilangkan parut pula. Selepas kulit Shi bebas dari jerawat, Dr Lina suggest Shi untuk menggunakan whitening cream untuk menghilangkan parut-parut hitam di muka. Entry kali ni Shi akan taip panjang. Penting untuk korang tahu explanation tentang penggunaan cream ni. Korang kena baca n hadam kalau nak guna whitening cream yang Shi guna.

Ok, let's start. Whitening cream yang Dr Lina bagi adalah Melashine Cream. Cream ni mengandungi Hydroquinone 40 mg. Jadi, tolong dapatkan di klinik sahaja. Cream ni harus digunakan di bawah pemantauan dokter dan boleh dipakai selama 3 bulan sahaja. Lepas dah guna 3 bulan, stop pakai. Even cream tu belum habis lagi, still kena stop pakai. Cream ni kuat, bukan parut jerawat je, pigmentation, jeragat pun boleh hilang. Jadi, kalau korang still continue pakai after 3 bulan, kulit korang akan ROSAK! Jangan main-main. I serious ni!

Cream ni apply kat muka 2 kali sehari. Tapi, ELAK KAN seboleh-boleh elak kan cahaya matahari. Macam mana nak elak? Pakai payung la..... Wakaka. Dan paling penting, WAJIB pakai sun block. Macam Shi, sun block yang Shi gunakan hari-hari mengandungi SPF 90. Kalau tempat kerja korang memang sentiasa berjemur, pakai la cream ni malam sahaja. 

Dan seterusnya, ada lagi pantang larang dia. Haha. Jangan sesekali bagi baby cium muka korang. Pendek kata, jangan bagi cream ni tersentuh pada baby. Macam yang Shi cakap tadi, cream ni mengandungi Hydroquinone dan ia memang merbahaya. (Melashine Cream lulus KKM, tapi diletakkan dibawah ubat kawalan dokter)  Tapi ramai yg tak alert tentang bahaya Hydroquinone, sebab banyak produk yg dipasarkan di Malaysia mempunyai kandungan Hydroquinone yg jauh lebih tinggi dan diharamkan KKM. Tapi masih ramai antara kita yang guna sebab nak cepat cantik. Jangan macam tu... Kesan dia bukan setakat kulit muka rosak, organ dalaman kita macam buah pinggang pun boleh terjejas sebab cream yang kita sapu kat muka boleh meresap dalam darah kita. Jangan buat main k.

Shi beli Melashine Cream dekat Klinik Dr. Lina n harga dia around RM 40.++ Tak ingat harga tepat dia. Tapi empat puluh lebih jer la. Shi baru je guna, belum boleh nak tunjuk la pic before n after. Lepas 3 bulan Shi akan update result dia, k. Setakat ni Shi guna, tak de rasa sakit pun dekat kulit muka. Tapi kalau korang guna ada rasa sakit, stop pakai n jumpa dokter semula k. Lain kulit, lain alahan kan.

Moga entry ni membantu korang yang bermasalah. =)





No comments:

Post a Comment