Saturday 18 November 2017

Rawatan Kulit Berjerawat di Klinik

Assalamualaikum....

Hari ni Shi review pengalaman pertama Shi pegi klinik untuk rawatan muka BERJERAWAT. Setelah sekian lama mengalami masalah jerawat, akhirnya terpaksa jugak mendapatkan rawatan di klinik.

Antara produk yang pernah Shi try setakat ni (dalam tempoh setahun) Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Naruko Tea Tree, Safi Balqis, Oxy, Eucerin DermoPURIFYER dan Bio-Essence. Seriously, berhabis duit.

Jenis jerawat yang Shi alami, besar, bernanah, sakit dan gatal-gatal. (Actually, kulit Shi jadi teruk macam ni sebab guna produk memutihkan kulit yg tak mendapat kelulusan KKM). So, ubat yang Shi dapat di klinik adalah :-

1. Antibiotic Doxymycin
Antibiotic ni mengandungi Doxycycline Hydrochloride 100mg. Ubat ni di bawah kawalan. Kalau boleh, dapatkan di klinik. Sebab dokter akan pantau berapa lama kita harus makan berdasarkan keadaan kulit muka kita. (Shi makan selama 2 bulan sahaja)

2. Axcel Clindamycin
Sapu di kawasan berjerawat untuk membunuh/menghalang bakteria merebak di permukaan kulit. Sehari apply 2 kali.

3. Cleanser
Cleanser jenama Timeless Aesthetics by Dr Lina. Takde jual kat kedai. Kalau nak ketahui lebih lanjut, atau nak try beli boleh layari laman web http://radianceonlineshopping.com/

4. Clarifying Lotion
Lotion jenama Timeless Aesthetics by Dr Lina. Sama jugak, boleh layari laman web Radiance Online Shopping.

Kos untuk semua ni RM300++. 

Nota kaki:

Dokter yang merawat Shi, adalah Dr Lina di Timeless Kelana Jaya. Rawatan Shi bukan setakat ini sahaja, Shi akan jumpa Dr Lina 3 minggu sekali untuk rawatan Chemical Peeling.

No comments:

Post a Comment