Wednesday 2 November 2016

Petua Demam Campak

Baru-baru ni Naufal kene demam ruam/campak. Alahai sedihnya... Baru 6 bulan lebih dah nak kene tanggung sakit. So, entry kali ni Shi akan kongsi petua menyembuhkan demam campak. Shi tak tahu sangat bab-bab petua orang lama ni. Tapi pengasuh Naufal ni orang tua, dia la ajar Shi petua ni. Seeloknya jangan bagi baby makan ubat demam.  Ok, ape yang Shi buat untuk Naufal adalah:-


Bahan pertama: Air kepala
Bahan ke-dua: Daun bambu
Bahan ke-tiga: Bedak sejuk atau beras
Bahan ke-empat: Air
Bahan ke-lima: Anak kunyit aka kunyit hidup


1. Air kelapa
Air kelapa adalah untuk dibuat air mandian baby. Seeloknya air kelapa tua. Kalau yang terkena demam campak ni orang dewasa, air kelapa dijadikan air minuman. Baby tak boleh minum air kelapa tau!

2. Daun bambu
Daun bambu pulak untuk di letak di bawah cadar & dalam sarung bantal baby. Selain tu, daun bambu jugak boleh dibuat air mandian. Blend daun bambu kemudian campur dalam sebaldi air. Lepas dah mandi, jirus dengan air biasa.

3. Daun bambu + air + bedak sejuk
Bahan-bahan ni untuk buat lulur. Bila ruam dah keluar habis dekat semua tempat, (badan, muka, kaki & tangan), sapu lulur daun bambu ke seluruh badan. Caranya, blend daun bambu dengan sedikit air. Bancuh air daun bambu tu dengan bedak sejuk. Jangan cair sangat. Lepas tu, sapu kat satu badan.

4. Daun bambu + air + beras
Kalau guna beras pulak, blend daun bambu bersama beras & air. Lepas tu sapu kat satu badan.

5. Daun bambu + air + beras + kunyit hidup
Bahan-bahan yang ni untuk dibuat air mandian. Beras direndam dulu semalaman. Cara buat senang, blend je semua skali. Tapi mandi selepas sembuh daripada demam! Bila demam & ruam-ruam dah sembuh, baru mandi guna bahan-bahan ni.  Petua mandian ni adalah untuk mengelak daripada demam ruam berulang.


**Petua ni bukan untuk baby sahaja, orang dewasa pun boleh. Apepun, kita hanya mencuba. Dengan izin Allah insyaallah segalanya boleh berlaku.

No comments:

Post a Comment