Wednesday 7 December 2016

Bubur Nasi untuk Bayi 7 Bulan

Topik hari ni untuk mommys-mommys yang baru nak start bagi baby makan bubur nasi. Kuantiti resipi yang Shi masak ni boleh bertahan selama 5 hari. (Frozen dalam peti ais)


Bubur Nasi Kentang

Bahan-bahan:

1. Beras - 2 cawan
2. Dada ayam - 1 ketul
3. Kentang - 2 biji
4. Air

Caranya:

1. Masukkan semua bahan yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Kentang Shi potong dadu supaya cepat empuk dan senang untuk ditapis nanty. Ayam pulak Shi letak seketul macam tu je. Masukkan air sampai hampir penuh periuk, lepas tu pasang api 😊 Ayam adalah untuk perasa, boleh jugak kalau nak gantikan dengan ikan bilis. Bila ada perasa baru lah bubur nasi jadi lebih sedap. Bubur baby tak boleh tambah gula & garam tau!



2. Refill air setiap kali air dah nak kering. Bila bubur nasi dah pekat dan sebutir nasi tu dah nampak macam 1/3 daripada saiz asal, dah boleh tutup api.



3. Seterusnya, asingkan isi ayam bagi memudahkan proses menapis bubur nasi. Kena tapis nasi! WAJIB!!! Baby berumur 7 bulan belum pandai sepenuhnya untuk mengunyah makanan. Shi pilih tapis yang bersaiz besar supaya dapat tapis makanan dalam kuantiti yang banyak & cepat siap. (Tapis tu beli dekat DIY je) Shi pernah jugak blend bubur nasi tu sebab malas tapis. Hehe.. Tapi hasilnya nasi tu jadi lembik dan cair sangat macam tepung. Rasa dia sangat tak sedap!



4. Bila kerja-kerja menapis dah siap, blend ayam yang diasingkan tadi dengan air. Kemudian, campurkan bubur nasi yang dah ditapis dengan ayam yang dah diblend tadi. Gaulkan supaya bubur menjadi sebati. Hasil dia macam dalam gambar bawah ni. Texture bubur tak terlampau pekat dan tak terlampau cair. Sedang-sedang je gituuu.



5. Akhir skali, masukkan bubur nasi ke dalam bekas untuk disimpan dalam peti ais. Shi guna bekas kecik macam ni sebab satu bekas untuk sekali makan. Supaya senang bagi kat pengasuh. Sehari Shi bekalkan 2 bekas. Bila nak makan nanty pengasuh just panaskan je.



Leceh sikit kan. Tapi untuk makanan yang sihat untuk anak, mommys kene berkorban masa dan tenaga sikit.  

**Sesetengah orang lebih suka blend beras yang dah disangai baru masak jadi bubur. Tapi Shi tak buat macam tu sebab Naufal kurang suka makan bubur yang dimasak mcm tu. 


Wednesday 2 November 2016

Petua Demam Campak

Baru-baru ni Naufal kene demam ruam/campak. Alahai sedihnya... Baru 6 bulan lebih dah nak kene tanggung sakit. So, entry kali ni Shi akan kongsi petua menyembuhkan demam campak. Shi tak tahu sangat bab-bab petua orang lama ni. Tapi pengasuh Naufal ni orang tua, dia la ajar Shi petua ni. Seeloknya jangan bagi baby makan ubat demam.  Ok, ape yang Shi buat untuk Naufal adalah:-


Bahan pertama: Air kepala
Bahan ke-dua: Daun bambu
Bahan ke-tiga: Bedak sejuk atau beras
Bahan ke-empat: Air
Bahan ke-lima: Anak kunyit aka kunyit hidup


1. Air kelapa
Air kelapa adalah untuk dibuat air mandian baby. Seeloknya air kelapa tua. Kalau yang terkena demam campak ni orang dewasa, air kelapa dijadikan air minuman. Baby tak boleh minum air kelapa tau!

2. Daun bambu
Daun bambu pulak untuk di letak di bawah cadar & dalam sarung bantal baby. Selain tu, daun bambu jugak boleh dibuat air mandian. Blend daun bambu kemudian campur dalam sebaldi air. Lepas dah mandi, jirus dengan air biasa.

3. Daun bambu + air + bedak sejuk
Bahan-bahan ni untuk buat lulur. Bila ruam dah keluar habis dekat semua tempat, (badan, muka, kaki & tangan), sapu lulur daun bambu ke seluruh badan. Caranya, blend daun bambu dengan sedikit air. Bancuh air daun bambu tu dengan bedak sejuk. Jangan cair sangat. Lepas tu, sapu kat satu badan.

4. Daun bambu + air + beras
Kalau guna beras pulak, blend daun bambu bersama beras & air. Lepas tu sapu kat satu badan.

5. Daun bambu + air + beras + kunyit hidup
Bahan-bahan yang ni untuk dibuat air mandian. Beras direndam dulu semalaman. Cara buat senang, blend je semua skali. Tapi mandi selepas sembuh daripada demam! Bila demam & ruam-ruam dah sembuh, baru mandi guna bahan-bahan ni.  Petua mandian ni adalah untuk mengelak daripada demam ruam berulang.


**Petua ni bukan untuk baby sahaja, orang dewasa pun boleh. Apepun, kita hanya mencuba. Dengan izin Allah insyaallah segalanya boleh berlaku.

Axia SE


Penghujung October 2016, akhirnya Shi miliki kereta sendiri.
Ikutkan pendapatan Shi sekarang dan kos sara hidup
yang tinggi, Shi amik Axia.
Ikut hati ni memang la nak pakai Audi ke Lamborghini ke kannnn... Haha (Berangan!)
Entry ni Shi just nak share harga kereta ni. Tarikh Shi beli
27th October 2016.

Axia SE 1.0 - Auto
Price : RM 40,037.15
Loan : RM 36,000.00
Down-payment : RM 4,037.15
Add on accessories : RM 900++

Produa : Naza Mekar, Damansara

List barang-barang yang Shi add on:
1. Floor mat
2. Door wiser
3. Tinted (Raytech)
4. Rear side window cover

So far, kereta ni ok je. Kalau bab minyak, memang jimat,
Balik kampung (KL-Perak-KL) RM 50 je pegi dan balik. (Harga sebelum minyak naik)
Bonet belakang pun luas banding kereta Viva.
Dan yang paling penting, ade child lock.
Produa mungkin kene improve air-con. Yang lain-lain semua superbbb..

Last but not least, sesape yang baru nak beli first car, pilihlah kereta ikut kemampuan diri.
Seriously, kos sara hidup sekarang mencabar!
Kalau ada duit lebih, mula lah menabung.
Buat simpanan untuk masa kecemasan atau untuk masa hadapan.



Wednesday 14 September 2016

Petua Ruam Susu Bayi

Title hari ni "RUAM SUSU". Baby Shi menyusu susu formula. Masuk 5 bulan ni ruam die naik banyak. Mane-mane Shi pegi mesti ade je orang yang tegur nape ngan pipi Naufal. Huh~

Ade yang suggest letak lipstik, cream Calamine, & tepung ubi. Erm...... Shi try Calamine, tapi bertambah merah-merah pipi Naufal. So, takut dah nak sapu ape-ape.

Tapi bila ruam tu dah melarat-larat, merah makin besar & dua-dua belah pipi pulak ade, Shi cuba petua mak Shi. Sapu ubat gigi. Hahaha.. Nampak mcm merepek pulak. Tapi Shi try je lah. Lepas dah sapu, esoknya Shi tgk pipi Naufal dah kurang merah. Hari ke-tige, ruam tu dah kering. Ruam merah jadi warna coklat-coklat. Hari ke-empat, kulit mengelupas jadi kulit mati. Hari ke-lima, kulit bersih.

Tapi kene sapu ubat gigi Colgate. Ubat gigi lain tak berkesan. Hehehe. Senang kan? Make sure baby tido la baru sapu. Nanty kang kalo jage, die garu-garu muka jenuh satu muka penuh Colgate pulak.

Selamat mencuba!


Tuesday 9 August 2016

Rambut Gugur! OH NO!!!

Bila anak Shi, Naufal cecah umur 4 bulan, & dah start main-main buih air liur. Maka dengan itu rambut Shi pun dah start berguguran. Bukan takat satu bilik, satu rumah penuh dengan rambut Shi. Sampai husband pun tegur. Stress sangat. Rambut Shi lebat terus jadi nipis!!!

Bila dah gelabah mulalah Shi menggoogle. Ramai mommys alami mende yang sama rupanya. So, it's NORMAL. Lepas google punya google, Shi decide untuk try Himalaya. Ade beberapa blogger yang guna Himalaya rambut dah tak gugur. Nak tahu betol ke dak, kite cube ler yer...... 

1. Anti Hair Fall Oil (RM 26.10)
Sapu dekat rambut dengan kulit kepala. Urut-urut sikit pas tu biar sejam sebelum syampoo.

2. Anti Hair Fall Syampoo (RM 24.50)

3. Detangler & Conditioner (RM 23.30)
Lepas dah syampoo, sapu dekat rambut tapi elakkan kena kulit kepala. Biar 2 or 3 minit then bilas dengan air.

4. Anti Hair Fall Cream (RM 26.00)
Sapu dekat rambut lepas rambut dah kering.

Anti Hair Fall Product
Himalaya Anti Hair Fall Product

Bagi Shi, harga mahal jugak la. Tapi masih mampu milik. Dalam RM100 dapat 4 barang, ok la kan? Ade jugak jual yang set. Ikut korang la prefer nak beli yang mana. Mula-mula Shi pakai syampoo je. Yang lain-lain tu semua tanak beli. Nampak sgt nak hidup berjimat. Haha! Lepas 3 hari pakai syampoo tu rambut Shi jadi kasar & kesat. Bila pkai syampoo yg khusus untuk rawatan rambut mcm hair fall ni, WAJIB pakai conditioner. So, melabur duit lagi lah beli conditioner. Selain conditioner, Shi beli anti hair fall oil dgn anti hair fall cream. Lepas pakai semua tu baru la rambut Shi lembut je......

Lepas sebulan lebih pakai, nak kate rambut dah stop gugur tu, memang tak la. Hahak. Tapi alhamdulillah, keguguran rambut berkurang. 

***Shi beli dekat Watsons & Caring. Lain kedai lain harge***
Jadilah pengguna bijak. Beli time PROMOTION. Hiks :)

Selain penjagaan luaran, Shi survey jugak supplement untuk rambut. Mommys selalunya kurang vitamin selepas bersalin. Itu punca utama rambut gugur! Vitamin yang baik untuk rambut adalah vitamin B3, B6, & B12.

Shi pilih vitamin Blackmores B Complex. Nak masak & makan makanan yang penuh dengan vitamin susah la pulak. Tambah sibuk bekerja, jadi ibu, jadi isteri & jadi bibik kt rumah. Busy ye dak? Hehe. So, vitamin je lah pilihan mudah. Telan je. Hahaha.

Blackmores B Complex
Blackmores B Complex

Shi beli dekat Watsons masa ada promotion, price RM 25.67.

Wednesday 15 June 2016

Checklist Barang Keperluan Bayi

Happy mommy to be!!! Memang banyak sangat barang keperluan baby yang perlu dibeli. So, mase Shi pregnant 6 bulan, Shi dah start beli sikit-sikit. Tambah pulak harge barang sekarang mahal-mahal. Tak mampu nak beli semua sekaligus!

Haaaaaa......buat mommy yang tengah tercari-cari barang ape nak beli tu, Shi kongsikan sedikit pengalaman Shi beli barang-barang baby newborn. Baju saiz new born jangan borong banyak sangat tau, sebab baby cepat sangat membesar. Lepas baby Shi dah umur 3 bulan baru Shi shopping baju baby saiz M / 6-12 bulan.

Pakaian
Baju tangan pendek 5 pasang (Baju siang)
Baju tangan panjang 5 pasang (Baju malam)
Baju jalan-jalan 3 pasang
Rompers 3 helai
Barut 7 helai
Mittens & booties 7 pasang
Topi
Kain bedung
Sapu tangan 5 helai

Diapering
Detergent Pureen (Wangi!)
Drypers (New born) sebulan 2 paket (64pcs/paket)
Napkin Pureen 1 packet (12pcs/paket)
Wet tissue Pureen (Beli banyak-banyak tau)
Changing mat
Bakul pakaian kotor


Bathing
Baby bath & shampoo brand Johnson's Baby
Baby bath tub
Towel

Grooming & Baby care
Bedak Pureen - Merah (Untuk punggung & belakang baby)
Bedak Pureen - Biru Pekat (Untuk kulit muka baby)
Calamine lotion (Untuk ruam & gigitan serangga)
Minyak Nona Roguy color purple (Untuk kembung perut)
Losyen Johnson's Baby
Termometer (Penting ni)
Pengepit kuku
Cotton ball (Untuk cuci pusat baby)
Cotton bud


Lain-lain
Set tilam & bantal
Selimut
Strollers


Harap sedikit sebanyak dapat membantu. Selamat bergelar ibu! Moge segala urusan dipermudahkan.


Hilangkan Parut Jerawat - Hiruscar

Dah macam-macam jenis krim & serum Shi try untuk menghilangkan parut-parut jerawat. Tapi tak semuanya berkesan & kadang-kadang ade side effect kat kulit muka.

Dalam banyak-banyak produk yang pernah Shi try, ade satu produk yang paling berkesan. Shi gunakan Hiruscar & dah bertahun jugak Shi maintain guna. Tapi guna bila ade parut je! Lepas dah cuci muka sapu kat parut-parut jerawat. Pakai dua or tiga kali sehari. Alhamdulillah, berkesan memudarkan parut jerawat. Boleh dapatkan di Watsons atau Guardian. 
Tak cukup jage luaran je! Dalaman pun kene jage jugak. Vitamin C sangat bagus untuk kulit. Tapi untuk kesan yang extra, cari vitamin yang ade combination, Vitamin A + C + E. So, vitamin yang Shi nak share kat sini ialah Blackmores BIO ACE...

Shi makan sehari sebijik je pade waktu pagi atau malam sebelum tidur. Dalam few months kulit Shi kurang berjerawat, tak kusam & parut memudar.

Tuesday 14 June 2016

Jerawat Oh Jerawat!!

Musuh nombor satu kaum perempuan, adalah JERAWAT! Dah ade macam-macam jenis product kecantikan di pasaran. Tapi mestilah nak pilih product yang paling cepat mengecutkan jerawat kan? 

Product yang Shi suggest ni berdasarkan pengalaman Shi sendiri guna. Which is, Product Tea Tree from The Body Shop. Kalau nak matikan jerawat, tak payah membazir beli one set. Beli item yang Shi suggest ni je dah cukup.

1. Tea Tree Targeted Gel
Product paling berkesan yg pernah Shi cuba, Tea Tree Targeted Gel. Harga dia RM 45.00. Bila jerawat baru je nak tumbuh, sapu cepat-cepat gel ni. Confirm 3 hari pakai, jerawat hilang dan yang paling awesome, parut hitam tak ada! Selalunya bila Shi guna product yang mematikan jerawat, lepas jerawat mati mesti berparut. Tapi Tea Tree Targeted Gel ni, memang double, triple awesome sebab tak meninggalkan parut jerawat. Last but not least, kenapa korang kena cuba gel ni, sebab lepas sapu dia cepat kering dan tak rasa melekit or berminyak pun.



2. Tea Tree Oil
Yang ke dua, Tea Tree Oil. Harga dia Shi tak ingat. Beza antara Tea Tree Targeted Gel dengan Tea Tree Oil, Tea Tree Oil ni boleh sapu dekat satu muka. Kesan dia sama jugak macam guna Tea Tree Targeted Gel, mematikan jerawat. Tapi, lambat sikit la. Dalam seminggu baru jerawat betol-betol mati. Apepun, dua-dua product Body Shop ni sama bagus and recommended. Cuba la!



**Boleh klik laman web ni untuk lebih review :- https://www.thebodyshop.com.my/