Saturday, 23 September 2017

Diserang Jerawat

Jerawat Shi kali ni dah tak dapat nak dibendung lagi dah. Macam-macam produk dah cuba tapi jerawat makin membiak dengan jayanya. Lepas berhenti daripada pakai produk Malaysia, naik terus jerawat yang besar-besar n bernanah. Masa pakai produk tu muka lawa je, putih, jerawat pun tak de naik langsung. Tapi lepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan kenyataan produk tu tak mendapat kelulusan, Shi stop guna. 

Lepas berbulan mencuba PELBAGAI produk pencuci muka, toner n ubat jerawat, kulit Shi masih sama, tak de improvement langsung. Kalau duit banyak, pegi klinik pakar kulit je. Tapi Shi sabar, itu last option. Masih tak give up. Pegi lagi farmasi, cari lagi produk lain. Shi pergi Farmasi Caring n dokter situ suggest T3 Mycin Lotion. 

Harga dia RM 28.90. Cara pakai, basuh muka bersih-bersih then sapu dekat tempat berjerawat sahaja. Tak boleh sapu satu muka nanty kulit jadi kering. Sehari pakai dua kali. Shi pakai time balik kerja sekali, then kali ke dua pakai sebelum masuk tido.

Lepas seminggu pakai, jerawat habis kecut n mati. Seriously memang berkesan sangat-sangat. Tapi Shi masih tak berpuas hati. SEBAB, tempat yg Shi sapu T3 ni, jerawat mati. Tempat yg Shi tak sapu, naik pulak jerawat.... Mesti kulit Shi ni ade something wrong. Thus, Shi decide untuk pegi klinik. Boleh baca di sini


T3 Mycin Lotion