Thursday, 28 December 2017

Hilangkan Parut Jerawat

Hallooo semua. Assalamualaikum....

Hari ni kita akan bincangkan topik terhangat, PARUT JERAWAT.

First of all, kulit Shi sebelum ni bermasalah jerawat. Tapi alhamdulillah setelah menjalankan rawatan di klinik Dr Lina, kini tiada lagi jerawat. Ceiwah! Nak tahu rawatan ape, boleh klik kat sini

Entry sekarang kita akan bercerita tentang cara menghilangkan parut pula. Selepas kulit Shi bebas dari jerawat, Dr Lina suggest Shi untuk menggunakan whitening cream untuk menghilangkan parut-parut hitam di muka. Entry kali ni Shi akan taip panjang. Penting untuk korang tahu explanation tentang penggunaan cream ni. Korang kena baca n hadam kalau nak guna whitening cream yang Shi guna.

Ok, let's start. Whitening cream yang Dr Lina bagi adalah Melashine Cream. Cream ni mengandungi Hydroquinone 40 mg. Jadi, tolong dapatkan di klinik sahaja. Cream ni harus digunakan di bawah pemantauan dokter dan boleh dipakai selama 3 bulan sahaja. Lepas dah guna 3 bulan, stop pakai. Even cream tu belum habis lagi, still kena stop pakai. Cream ni kuat, bukan parut jerawat je, pigmentation, jeragat pun boleh hilang. Jadi, kalau korang still continue pakai after 3 bulan, kulit korang akan ROSAK! Jangan main-main. I serious ni!

Cream ni apply kat muka 2 kali sehari. Tapi, ELAK KAN seboleh-boleh elak kan cahaya matahari. Macam mana nak elak? Pakai payung la..... Wakaka. Dan paling penting, WAJIB pakai sun block. Macam Shi, sun block yang Shi gunakan hari-hari mengandungi SPF 90. Kalau tempat kerja korang memang sentiasa berjemur, pakai la cream ni malam sahaja. 

Dan seterusnya, ada lagi pantang larang dia. Haha. Jangan sesekali bagi baby cium muka korang. Pendek kata, jangan bagi cream ni tersentuh pada baby. Macam yang Shi cakap tadi, cream ni mengandungi Hydroquinone dan ia memang merbahaya. (Melashine Cream lulus KKM, tapi diletakkan dibawah ubat kawalan dokter)  Tapi ramai yg tak alert tentang bahaya Hydroquinone, sebab banyak produk yg dipasarkan di Malaysia mempunyai kandungan Hydroquinone yg jauh lebih tinggi dan diharamkan KKM. Tapi masih ramai antara kita yang guna sebab nak cepat cantik. Jangan macam tu... Kesan dia bukan setakat kulit muka rosak, organ dalaman kita macam buah pinggang pun boleh terjejas sebab cream yang kita sapu kat muka boleh meresap dalam darah kita. Jangan buat main k.

Shi beli Melashine Cream dekat Klinik Dr. Lina n harga dia around RM 40.++ Tak ingat harga tepat dia. Tapi empat puluh lebih jer la. Shi baru je guna, belum boleh nak tunjuk la pic before n after. Lepas 3 bulan Shi akan update result dia, k. Setakat ni Shi guna, tak de rasa sakit pun dekat kulit muka. Tapi kalau korang guna ada rasa sakit, stop pakai n jumpa dokter semula k. Lain kulit, lain alahan kan.

Moga entry ni membantu korang yang bermasalah. =)





Tuesday, 28 November 2017

Resepi Sup Daging

Assalamualaikum.

Hari ni Shi nak kongsi resepi sup daging yang superbbb... Actually ni first time Shi masak sup daging sebab Shi tak reti potong daging. Tapi dah teringin nak makan punya pasal, gigih google dan belajar masak sup daging. Alhamdulillah. BERJAYA! Senang sangat rupanya.

Jum tengok resepinya:-

Kuantiti makan untuk 3 orang

Bahan-bahan
- Bawang holland (Sebiji)
- Bawang merah (3 biji) *
- Bawang putih (3 biji) *
- Halia (2 inci) *
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Celery (3 batang)
- Daging dihiris kecil-kecil
- Lada hitam yg dikisar halus (Satu sudu)
- Sup bunjut Adabi (Satu paket)
- Serbuk perencah sup Adabi (3 sudu)
- Perencah sup siam Adabi (Satu paket)
- Tomato (2 biji)
- Kentang (2 biji)
- Carrot (Sebatang)
- Bunga kobis
- Kobis
- Air 

Tumbuk bahan yang bertanda *

Cara-cara memasak
Tumis bawang holland, bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis dan lada hitam. Bila dah naik bau, masukkan daging dan air. Kemudian masukkan sup bunjut Adabi, serbuk perencah sup Adabi dan celery yg dihiris kecil-kecil. Masak sehingga daging empuk. (tempoh masa lebih kurang sejam @ sejam setengah)


Selepas daging dah empuk, masukkan perencah sup siam Adabi dan sayur-sayuran yg anda suka. Macam Shi, Shi letak tomato, kentang dan carrot sebab anak Shi suka makan. Kobis pulak sedap bila dimakan dengan kew tiau. 

Akhir sekali, kacau-kacau sehingga sayur empuk. Dah siap. Boleh dihidang bersama nasi panas atau kew tiau / bihun / mee.






Saturday, 25 November 2017

Resepi Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum.

Hari ni Shi kongsikan resepi paling mudah dan cepat untuk dimasak. Bukan takat mudah dan cepat, tapi SEDAP!!!!


Bahan-bahan
- Spaghetti - Segenggam
- Garam - Setengah sudu besar
- Minyak masak - Dua sudu besar
- Mentega - Satu sudu besar
- Bawang besar - 2 biji
- Bawang putih - 3 biji
- Hot dog / ayam / seafood (pilih salah satu)
- Sos carbonara prego -  Satu tin
- Susu dutch lady - Satu cawan
- Tomato - Satu biji
- Cheddar cheese - 2 keping


Cara-cara

Spaghetti
- Rebus spaghetti bersama sedikit minyak masak dan garam.
- Lepas dah cukup lembut, tos dan letak ketepi.

Sos Carbonara
- Panaskan kuali, masukkan mentega.
- Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dicincang dadu.
- Setelah layu, masukkan pula hot dog.
- Gaul-gaul sampai hot dog masak. Kemudian tuang sos carbonara prego dan secawan susu.
- Akhir sekali, tambah tomato dan cheese.

Siap! Mudah sangat. Tak sampai setengah jam memasak.


Friday, 24 November 2017

Resepi Kuah Pasta Untuk Baby

Hari-hari makan nasi, dah tentu anak jemu kan? Sekali-sekala, kita masak sesuatu yang lain untuk anak. Tak de idea? Meh try masak pasta. Baby seawal setahun dah boleh makan.

The making of tomato sos for pasta

Bahan-bahan
- Bawang besar
- Bawang putih
- Tomato
- Carrot
- Cheese

First step - Digoreng

- Bawang besar
- Bawang putih
- Tomato


Second step - Direbus

- Carrot

Third step - 

Blend semua sekali dan masak atas api sekali lagi hingga mendidih. Sebelum tutup api, tambah kepingan cheese. Gaul-gaul. Settle.

Tabur cheese dan sedia untuk dimakan bersama pasta. Terbaikkk





Saturday, 18 November 2017

Rawatan Kulit Berjerawat di Klinik

Assalamualaikum....

Hari ni Shi review pengalaman pertama Shi pegi klinik untuk rawatan muka BERJERAWAT. Setelah sekian lama mengalami masalah jerawat, akhirnya terpaksa jugak mendapatkan rawatan di klinik.

Antara produk yang pernah Shi try setakat ni (dalam tempoh setahun) Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Naruko Tea Tree, Safi Balqis, Oxy, Eucerin DermoPURIFYER dan Bio-Essence. Seriously, berhabis duit.

Jenis jerawat yang Shi alami, besar, bernanah, sakit dan gatal-gatal. (Actually, kulit Shi jadi teruk macam ni sebab guna produk memutihkan kulit yg tak mendapat kelulusan KKM). So, ubat yang Shi dapat di klinik adalah :-

1. Antibiotic Doxymycin
Antibiotic ni mengandungi Doxycycline Hydrochloride 100mg. Ubat ni di bawah kawalan. Kalau boleh, dapatkan di klinik. Sebab dokter akan pantau berapa lama kita harus makan berdasarkan keadaan kulit muka kita. (Shi makan selama 2 bulan sahaja)

2. Axcel Clindamycin
Sapu di kawasan berjerawat untuk membunuh/menghalang bakteria merebak di permukaan kulit. Sehari apply 2 kali.

3. Cleanser
Cleanser jenama Timeless Aesthetics by Dr Lina. Takde jual kat kedai. Kalau nak ketahui lebih lanjut, atau nak try beli boleh layari laman web http://radianceonlineshopping.com/

4. Clarifying Lotion
Lotion jenama Timeless Aesthetics by Dr Lina. Sama jugak, boleh layari laman web Radiance Online Shopping.

Kos untuk semua ni RM300++. 

Nota kaki:

Dokter yang merawat Shi, adalah Dr Lina di Timeless Kelana Jaya. Rawatan Shi bukan setakat ini sahaja, Shi akan jumpa Dr Lina 3 minggu sekali untuk rawatan Chemical Peeling.

Friday, 17 November 2017

Liquid Matte IN2IT Review

Recently Watson buat sales. So, as usual, tak sah kalau tak membeli. Hasil tangkapan dia adalah Liquid Matte jenama IN2IT.

Lepas dah pakai almost seminggu, heres the comment:-
-Colour:  Not bad (Lebih cantik kalau combine 2 colour)
-Waterproof:  Yes
-Smell:  Like strawberry

Warna yang Shi beli code VM 02 & VM 04. Harga masa offer RM 20.

Repeat order: No No No
Reason = Bibir kering & pecah-pecah. Mungkin tak sesuai dengan bibir Shi la kot.

Ok, let's view the picture.



VM 04 Regal

VM 02 Ritzy

IN2IT Liquid Matte

Saturday, 23 September 2017

Diserang Jerawat

Jerawat Shi kali ni dah tak dapat nak dibendung lagi dah. Macam-macam produk dah cuba tapi jerawat makin membiak dengan jayanya. Lepas berhenti daripada pakai produk Malaysia, naik terus jerawat yang besar-besar n bernanah. Masa pakai produk tu muka lawa je, putih, jerawat pun tak de naik langsung. Tapi lepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan kenyataan produk tu tak mendapat kelulusan, Shi stop guna. 

Lepas berbulan mencuba PELBAGAI produk pencuci muka, toner n ubat jerawat, kulit Shi masih sama, tak de improvement langsung. Kalau duit banyak, pegi klinik pakar kulit je. Tapi Shi sabar, itu last option. Masih tak give up. Pegi lagi farmasi, cari lagi produk lain. Shi pergi Farmasi Caring n dokter situ suggest T3 Mycin Lotion. 

Harga dia RM 28.90. Cara pakai, basuh muka bersih-bersih then sapu dekat tempat berjerawat sahaja. Tak boleh sapu satu muka nanty kulit jadi kering. Sehari pakai dua kali. Shi pakai time balik kerja sekali, then kali ke dua pakai sebelum masuk tido.

Lepas seminggu pakai, jerawat habis kecut n mati. Seriously memang berkesan sangat-sangat. Tapi Shi masih tak berpuas hati. SEBAB, tempat yg Shi sapu T3 ni, jerawat mati. Tempat yg Shi tak sapu, naik pulak jerawat.... Mesti kulit Shi ni ade something wrong. Thus, Shi decide untuk pegi klinik. Boleh baca di sini


T3 Mycin Lotion



Thursday, 13 April 2017

Perodua Axia Car Boot Tray

Semenjak dua menjak ni, Shi makin addicted pulak shopping di Lazada. Senang je nak beli barang zaman sekarang ni! Order je, pas tu barang dah sampai depan pintu. Tapi makin senang jugak duit berterbangan, kan? Haha

Baru-baru ni Shi mencari lapik getah untuk bonet kereta. Kalau simpan kasut kat bonet kereta, habis dah kotor bonet berpasir la berumput la. Biasanya kasut husband Shi la. Dah macam rak kasut dibuatnya bonet tu. So, Shi kena ada satu lapik bonet kereta. Nak pergi kedai accessories kereta, memang takde masa plus malas.

So, Shi order je dekat Lazada, harga RM 78. Material yang dia guna ABS rubber. Ringan jer n senang cuci. Kalau beli barang basah macam ikan, ayam pun tak de masalah nak simpan barang basah dalam bonet. Kalau air-air tu tumpah, lap je. Senang sangat. Dan yang penting saiz dia fix dengan baik dalam bonet. Memang terbaikkk... Recommended!