Bila anak Shi, Naufal cecah umur 4 bulan, & dah start main-main buih air liur. Maka dengan itu rambut Shi pun dah start berguguran. Bukan takat satu bilik, satu rumah penuh dengan rambut Shi. Sampai husband pun tegur. Stress sangat. Rambut Shi lebat terus jadi nipis!!!
Bila dah gelabah mulalah Shi menggoogle. Ramai mommys alami mende yang sama rupanya. So, it's NORMAL. Lepas google punya google, Shi decide untuk try Himalaya. Ade beberapa blogger yang guna Himalaya rambut dah tak gugur. Nak tahu betol ke dak, kite cube ler yer......
1. Anti Hair Fall Oil (RM 26.10)
Sapu dekat rambut dengan kulit kepala. Urut-urut sikit pas tu biar sejam sebelum syampoo.
2. Anti Hair Fall Syampoo (RM 24.50)
3. Detangler & Conditioner (RM 23.30)
Lepas dah syampoo, sapu dekat rambut tapi elakkan kena kulit kepala. Biar 2 or 3 minit then bilas dengan air.
4. Anti Hair Fall Cream (RM 26.00)
Bagi Shi, harga mahal jugak la. Tapi masih mampu milik. Dalam RM100 dapat 4 barang, ok la kan? Ade jugak jual yang set. Ikut korang la prefer nak beli yang mana. Mula-mula Shi pakai syampoo je. Yang lain-lain tu semua tanak beli. Nampak sgt nak hidup berjimat. Haha! Lepas 3 hari pakai syampoo tu rambut Shi jadi kasar & kesat. Bila pkai syampoo yg khusus untuk rawatan rambut mcm hair fall ni, WAJIB pakai conditioner. So, melabur duit lagi lah beli conditioner. Selain conditioner, Shi beli anti hair fall oil dgn anti hair fall cream. Lepas pakai semua tu baru la rambut Shi lembut je......
Lepas sebulan lebih pakai, nak kate rambut dah stop gugur tu, memang tak la. Hahak. Tapi alhamdulillah, keguguran rambut berkurang.
***Shi beli dekat Watsons & Caring. Lain kedai lain harge***
Jadilah pengguna bijak. Beli time PROMOTION. Hiks :)
Selain penjagaan luaran, Shi survey jugak supplement untuk rambut. Mommys selalunya kurang vitamin selepas bersalin. Itu punca utama rambut gugur! Vitamin yang baik untuk rambut adalah vitamin B3, B6, & B12.
Shi pilih vitamin Blackmores B Complex. Nak masak & makan makanan yang penuh dengan vitamin susah la pulak. Tambah sibuk bekerja, jadi ibu, jadi isteri & jadi bibik kt rumah. Busy ye dak? Hehe. So, vitamin je lah pilihan mudah. Telan je. Hahaha.
Blackmores B Complex |
Shi beli dekat Watsons masa ada promotion, price RM 25.67.